
Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mencatat sejarah kerana dilantik sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan berkuat kuasa hari ini.
Pengumuman tersebut dikongsikan melalui kenyataan media daripada pejabat Perdana Menteri.
Kenyataan itu menyebut, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja memperkenankan pelantikan itu berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.
"Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan dimaklumkan oleh Pejabat
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia setelah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," kata kenyataan itu lagi.
Kata - kata penghargaan turut dirakamkan dalam kenyataan tersebut kepada Tan Sri Richard Malanjum di atas segala khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan sebelum ini.
Perkhidmatan Richard sebagai Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan berakhir pada 12 April lalu setelah mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan.
Sumber Astro Awani.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.