Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

“Harap Boleh Ringankan Beban,” Khairul Aming Sumbang RM10,000 Hasil Jualan Kepada Tabung Palestin

Semoga dengan sumbangan ini boleh bantu saudara kita di sana.
nura
18 May 2021, 03:03 PM

Video masakannya menjadi sensasi di media sosial, lagi-lagi bila tibanya bulan Ramadan. Kini nama Khairul Aming, bukan lagi asing di telinga rakyat Malaysia.

“harap boleh ringankan beban,” khairul aming sumbang rm10,000 hasil jualan kepada tabung palestin

Selain menghasilkan video masakan yang mudah diikuti, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzaman, kini mendalami bidang perniagaan dengan jenamanya sendiri "Sambal Nyet by Khairul Aming".

Pemuda berusia 29 tahun ini, berjaya mencapai hasil jualan RM 1 juta selepas tiga bulan menceburkan diri dalam bidang perniagaan itu.

“harap boleh ringankan beban,” khairul aming sumbang rm10,000 hasil jualan kepada tabung palestin

Oleh kerana, permintaan yang tinggi, ‘Sambal Nyet’ keluarannya sering kehabisan stok setelah ramai pengikutnya berebut untuk membeli dan mencuba produknya itu.

Disebabkan, ekoran permintaan yang tinggi, beliau telah menaikkan jumlah stok daripada 1,000 kepada 5,000 botol sehari.

Bahkan, ketika ini di saat rakyat Palestin menghadapi pergelutan, sebahagian hasil jualan produknya itu akan disumbangkan kepada tabung Palestin.

“RM10,000 dari jualan sambal yang sebelum ni akan kami dermakan ke tabung Palestin.

“Diharapkan sedikit sebanyak (sumbangan itu) boleh meringankan beban saudara di sana,” tulisnya di akaun Twitter.

Menerusi bebenang itu juga, Khairul turut memuat naik foto resit sumbangan berjumlah RM10,000 itu sebagai bukti sumbangan beliau.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.