Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Khairul Aming Terkedu Lihat Masakan Netizen “Tolong Doakan Batch Tahun Ini…”

ROSTAM, Mohamad Firdaus
19 Mar 2025, 11:57 AM

khairul aming terkedu lihat masakan netizen “tolong doakan batch tahun ini…”

Foto: Instagram

Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming hanya mampu terdiam melihat kerenah peminatnya yang gagal meniru resepi masakannya.

Menerusi sebuah video tular di media sosial Instagram, Khairul Aming Kamarulzaman atau mesra disapa KA itu dilihat hanya mampu terdiam seribu bahasa kerana kehabisan tenaga melihat hasil masakan peminatnya.

Aksi spontan itu menggambarkan perasaan ‘tidak terkata’ secara kelakar kerana setiap tahun, trend gagal ikut resepi KA terus berulang.

Namun begitu, pada tahun ini ‘kegagalan’ tersebut seolah-olah semakin memuncak dan boleh dikatakan semakin ‘ekstrim’ sehingga membuatkan KA pening kepala.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut dilihat mengusik dan ada diantara mereka tak kering gusi melihat reaksi pempengaruh itu.

“Tahun depan takut KA ajar resepi 30 hari 30 resepi telur je. Sebab ramai tak naik class. Kena masuk class pemulihan dulu 😂

“Antara batch batch sebelum ni, batch korang yang paling teruk sekali!"

khairul aming terkedu lihat masakan netizen “tolong doakan batch tahun ini…”

Foto: Instagram

“Saya syak gen z ni kebanyakan. Millennials kitorang save je, buatnya tidak, atau buat nanti atau tahun depan atau beli atau suruh orang je”

“Ni bukan kena masuk pusat pemulihan tapi pusat sakit jiwa”

“Saya cadang tahun depan cikgu buat resepi back to basic je la. ( cara masak nasi, cara rebus telur, cara masak megi”

Sebelum ini, dalam satu perkongsian lain di TikTok, KA sendiri mengakui dia sebenarnya terhibur dengan kerenah orang ramai yang gagal meniru resepinya.

“Sepanjang lapan tahun buat video masak, aku rasa tahun ni paling menghiburkan dan tengok gelagat sorang-sorang masuk dapur dan memasak. Ada orang tanya tahun ni paling ramai ke orang buat (ikut resepi) tak jadi?

“Tak, sebenarnya ramai buat menjadi sebab beribu-ribu orang yang mencuba. Cuma yang tak jadi tu lah yang masuk FYP (For You Page) sebab banyak engagement. Orang tanya kenapa hangus, kenapa pecah, kenapa bocor?” kata usahawan itu.

Menurutnya, segala proses dalam kegagalan mengikuti resepinya adalah perkara normal. Dia beranggapan itu semua hanyalah langkah-langkah permulaan dalam mempelajari cara memasak.

Sumber: Instagram @khairulaming

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us