Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming meluahkan rasa syukur apabila terpilih untuk menyediakan sarapan pagi buat Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon sempena lawatan pemimpin itu ke negara ini.

Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Khairul Aming, dia memaklumkan pertemuan dengan Luxon itu sebagai tanda penghargaan daripada pihak New Zealand untuk video memasak yang dibuat di negara berkenaan sebelum ini.
“Hari ini, saya mendapat keistimewaan untuk duduk di sebelah Perdana Menteri sebuah negara yang terkenal. Teruskan kerja keras, anda akan kagum bagaimana hidup ini boleh membawa anda,” tulisnya.
Menariknya, Khairul Aming juga memperkenalkan menu sarapan pagi orang Malaysia kepada Luxon iaitu roti jala, nasi lemak dan teh tarik selain daripada pelbagai kuih tradisional.
Malah katanya, dia sempat bertukar pendapat mengenai sektor pelancongan antara kedua-dua negara.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.