Apabila kita memilih pewangi, antara bauan yang paling popular dipilih adalah lavender. Tapi, tahukah anda bahawasanya tumbuhan yang juga boleh diklasifikasikan sebagai herba ini mempunyai khasiat kesihatan yang tersendiri.
Tumbuhan yang berwarna ungu ini mempunyai sejarah yang direkodkan penggunaannya sejak 2,500 tahun dahulu. Ia dipercayai berasal daripada bahagian Mediterranean, Timur Tengah dan India.
Dalam kebanyakan kaedah ini, penggunaannya adalah dalam bentuk minyak pati lavender yang tinggi konsentrasinya dan bukan bau-bauan sintetik.
Membantu dalam mendapat tidur yang berkualiti
Gangguan tidur berpotensi untuk mengganggu kualiti dan produktiviti kerja anda. Kajian kepada pesakit-pesakit ICU mendapati bahawa penggunaan minyak pati lavender dapat membantu mereka untuk tidur dengan lebih nyenyak.
Beberapa titik minyak pati lavender ini beloh diletakkan ke atas bantal anda sebelum tidur, dan ia mungkin dapat membantu tidur anda.
Mengurangan kemerahan atau kegatalan di kulit
Penggunaan minyak pati, secara umumnya, didapati dapat membantu kesihatan kulit, dan ini termasuk minyak pati lavender. Secara khususnya, minyak pati lavender, dapat membantu mengurangkan kesan daripada ekzema dan kerengsaan kulit. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, cairkan minyak tersebut menggunakan sedikit air atau minyak yang neutral.
Lavender juga mempunyai komponen antioksida yang mungkin dapat membantu dalam mengubati kesan luka.
Mengurangkan kesakitan
Sebelum wujudnya ubat-ubat penahan sakit daripada saranan doktor, orang zaman dahulu menggunakan kaedah aromaterapi menggunakan minyak pati lavender bagi mengurangkan kesakitan. Ia tidaklah sekuat atau sama efektif dengan ubatan tersebut, tetapi ia adalah kaedah alternatif yang boleh dijadikan sebagai pilihan.
Mengurangkan tekanan darah melegakan serangan asma
Menurut kajian kecil yang dilaksanakan di Iran, mereka mendapati tekanan darah dan keresahan daripada selepas pembedahan berjaya dikurangkan selepas pesakit diberikan aromaterapi menggunakan minyak lavender. Pengkaji menekankan bahawa hasil ini memerlukan lebih banyak kajian dan masih berada pada peringkat permulaan. Hai ini membuka peluang kepada banyak lagi penemuan berkaitan kegunaan minyak pati lavender ini.
Sumber: Everyday Health
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.