Pokok bunga matahari adalah antara bunga yang bersaiz besar. Dengan warnanya yang kuning terang, menggamit pemandangan bagi mereka yang meminati keindahan flora. Tahukah anda, selain daripada penampilannya yang anggun dan menawan, pokok bunga matahari mempunyai banyak khasiat terutamanya pada bijinya, dan minyak yang terhasil daripada biji bunga matahari tersebut.
Mari kita rungkai beberapa khasiat daripada pokok bunga matahari ini.
1, Manfaat biji bunga matahari
- Membantu memerangi osteoporosis dan kekejangan otot
Kandungan magnesium yang tinggi di dalamnya bmampu menyeimbangkan kandungan kalsium dan kalium dalam tubuh dengan seimbang,
- Membantu menjaga kesihatan kulit
Para pengkaji menemui banyak vitamin E di dalam biji bunga matahari. Ia boleh bertindak sebagai antioksida yang berguna bagi menjaga kulit agar kekal sihat dan lembut. Sehubungan dengan itu, kandungan lemak yang baik di dalam kuaci juga dapat menjaga kulit agar kekal lembab dan pertahanan daripada sinaran matahari
- Mencegah diabetes
Kandungan nutrien dalam kuaci dapat membantu mengawal lonjakan dan penurunan darah yang dialami oleh mereka yang gemar memakan makanan yang tinggi gula dan manis.
2. Manfaat minyak biji bunga matahari
- Anti-inflamasi
Vitamin A, C, D, E, dan lemak yag baikdalam minyak biji bunga matahari dikatakan dapat memberikan sedikit pelindungan kepada kulit dan tubuh kita daripada serangan bakteria. Oleh kerana itu, minyak ini sangat mujarab bagi menangani masalah jerawat.
- Kaya dengan omega 6
Setiap satu senduk minyak ini mengandungi sekurang-kurangnya8-9 gram asid linoleat, yang merupakan antara komponenn omega-6. Pakar menerangkan bahawa omega-6 penting di dalam diet pemakanan yang sihat.
Sumber: Hello Sehat
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.