Air teh merupakan antara minuman kegemaran rakyat malaysia. Anda boleh minumnya kosong, dengan susu atau kegemaran rakyat Malaysia, teh yang ditarik - semestinya teh tariklah. Tahukah anda bahawasaya terdapat banyak khasiat yang terkandung di dalam seuncang teh itu?
Sebelum anda bergembira dan meneguk segelen teh tarik atau bubble tea, teh disini bermaksud teh yang asli dan tidak dicampurkan dengan mana-mana komponen, seperti gula dan susu manis, kecuali air panas.
Berdasarkan kajian, berikut adalah antara khasiat yang dijumpai sekiranya anda meminum teh:
- Teh boleh menguatkan stamina badan anda. Komponen antioksida yang terdapat di dalam teh boleh mempengaruhi ketahanan otot dan badan anda untuk melakukan aktiviti seharian
- Meminum teh boleh mengurangkan risiko serangan sakit jantung.
- Teh mempunyai banyak kandungan anti oksida, yang sekiranya diambil mengikut sukatan yang betul dapat mengurangkan risiko anda menghidapi pelbagai jenis kanser, termasuk payu dara, paru-paru, kulit, dan usus. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah ubat ajaib. Jangan bergantung sepenuhnya kepada teh-teh herba.
- Teh boleh membantu menghidrasikan badan!
- Meminum teh telah dikaitkan dengan berkurangnya risiko menghidapi penyakit Parkinson’s bagi lelaki dan permpuan.
- Teh mungkin boleh menolong dalam melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang berlebihan
- Teh boleh menolong dalam mengawal berat badan anda!
- Kajian menunjukkan meminum teh boleh membantu para pesakit diabetes type 2 dalam memproses gula.
- Teh hijau menunjukkan kebolehan untuk meningkatkan ketahanan dan kesihatan tulang!
Perlu diingat bahawa khasiat teh ini perlu diambil secara bijak. Ia bertindak hanya sebagai makanan tambahan. Anda masih perlu mengekalakan gaya hidup yang sihat dan kekal aktif untuk khasiat-khasiat ini menunjukkan kesan kepada diri anda.
Sumber: HealthLand
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.