Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

[VIDEO] Studio Dengan 200 Set, Inilah Kilang Produksi Drama China Yang Menggoncang Dunia TikTok!

IDRUS, Husna Najwa
29 Aug 2025, 11:48 AM

[video] studio 200 set, kilang produksi drama china yang goncang dunia tiktok!

Foto: Tempo.Com

Siapa yang selalu ‘tersangkut’ layan drama pendek dari China yang tiba-tiba muncul di FYP TikTok anda? Plot yang padat, lakonan meyakinkan dengan suasana dramatik memang buat kita leka, kan?

Tetapi tahukah anda, semua drama pendek itu sebenarnya dirakam di satu tempat khas yang dikenali sebagai Meigao Super Factory, sebuah kilang produksi berskala mega di Zhejiang, China!

 

 

Dengan keluasan 6,000 meter persegi dan lebih daripada 200 set studio, kilang ini dilengkapi segala-galanya daripada set pejabat CEO, mahkamah, kereta api, hingga ke penjara! Apa sahaja latar belakang yang diperlukan untuk sesebuah babak, semuanya ada di sini.

[video] studio 200 set, kilang produksi drama china yang goncang dunia tiktok!

Kilang ini dikatakan menjadi ‘syurga’ kepada penerbit drama pendek yang ingin menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dalam masa singkat. Tidak hairanlah mengapa drama-drama ini mudah viral, kerana mereka mempunyai ‘setting’ yang realistik dan lengkap, walaupun dengan bajet yang rendah.

Dalam video yang dikongsikan, kita dapat lihat situasi sebenar di lokasi dengan suasana meriah, lengkap dengan set kapal terbang dan pelbagai lagi lokasi yang nampak seolah-olah di dunia sebenar.

[video] studio 200 set, kilang produksi drama china yang goncang dunia tiktok!

Fenomena ini turut memperlihatkan betapa industri kandungan digital semakin kreatif dan inovatif dalam penghasilan video bersiri yang ringkas namun memberi impak besar kepada penonton.

Jadi, lain kali bila anda ‘terjerat’ dengan drama pendek China yang penuh mendebarkan dan dramatik, ingatlah bahawa kemungkinan besar, semuanya dirakam di Meigao Super Factory.

Sumber: BERNAMA

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us