
Sebelum ini, ciri ‘Instagram Stories’ sebarang mesej yang ditinggalkan di bawah ‘Stories’ dihantar dalam bentuk DM ke akaun Instagram anda.
Namun kini, ciri ini berubah apabila Instagram memperkenalkan ciri komen pada Instagram Stories iaitu pada setiap Stories yang diterbitkan, rakan-rakan lain boleh meninggalkan komen dan berinteraksi di bawahnya.
Ini sekali gus mengelak kotak mesej anda penuh dengan komen-komen berkenaan, dan pelbagai komen rakan dan ahli keluarga lebih tersusun.
Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan dijangka ditawarkan secara meluas dalam masa terdekat.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.