
Ini adalah kisah yang diceritakan oleh Puan Natipah Abu tentang kepayahan seorang anak yatim piatu dalam melalui liku-liku hidup. Pada umurnya berusia 14 tahun, emaknya menghembuskan nafas terakhir malah dirinya juga diuji apabila menghidap apendiks dan terpaksa menjalani pembedahan. Semoga kisah adik Farhan ini menjadi pedoman buat kita semua.
ANUGERAH KHAS PENOLONG KANAN .....
Mohd Farhan Aliff Bin Rosle - 16 Thn.
SMK SG LAYAR , SG PETANI, KEDAH.
Jiwanya kosong, sekosong-kosongnya. Kehilangan ayah pada usia 5 tahun , telah merubah jalan hidupnya.
Emak yg berniaga kuih dan nasi lemak kecil-kecilan akhirnya jatuh sakit, memaksa dia berhenti sekolah ketika darjah enam.
Di saat rakan-rakan sebaya sedang menikmati keindahan alam remaja di bangku sekolah .. dia sudah bersengkang mata dan menyarung seragam sebagai pengawal keselamatan di KTM Sg Petani.
Selama lebih setahun ... dgn gaji RM 40 sehari ... dia menyara kehidupan. Emak yg diserang stroke tidak mampu lagi bekerja seperti dulu kerana selalu saja tidak sihat.
Suatu hari ... dia dikejarkan ke hospital akibat apendiks dan doktor memutuskan dia harus menjalani pembedahan kecemasan.
Di masa yg sama ... emaknya dimasukkan ke wad kerana masalah kesihatan yg makin meruncing . Emak di wad tingkat atas .. dia di wad tingkat bawah ... bangunan yg sama.
4 hari di wad .. akhirnya emak pergi mengadap Illahi . Dalam usianya 14 tahun ... dia , abang , kakak dan adik perempuannya pun ternobat yatim piatu.
Lebih menyayat hati ... saat emak menghembuskan nafas terakhir dia tiada di sisi kerana tidak sedarkan diri akibat pembedahan kali kedua.
Bahkan ... dia bukan saja tidak sempat menyaksikan perjalanan terakhir emak ke lliang lahad, memberikan kucupan terakhir utk emak pun, tidak sempat kerana dia masih belum sedar ..
Sebaik dia sedar dan dimaklumkan emak telah pergi ... hanya Allah saja yg tahu betapa pilu dan hancurnya hati.
Sejak itu ... saban malam dia menangis di wad. Menangis kesedihan mengenangkan emak yg telah pergi dan menangis menanggung kesakitan akibat pembedahan.
Dia dirujuk kepada Kak Pah ... Kak Pah menziarahi dia di wad .. menceritakan pada dia tentang kehidupan di rumah anak yatim. Hanya satu soalannya ...
“ Kalau saya duduk rumah anak yatim,
bolehkah saya sekolah semula?
Saya nak sekolah .... “
Keluar wad ... kakaknya menghubungi Kak Pah .. memaklumkan rumah mereka berteduh sebelum ini sudah dilelong bank.
Kakak, abang dan adik perempuannya memilih utk tinggal bersama saudara mara ... tetapi dia enggan meninggalkan rumah pusaka itu kerana terlalu sedih mengenangkan kenangan arwah emak.
Kak Pah menghubungi dia tp dia memberikan alasan meminta masa barang seketika sehinggalah satu hari Kak Pah mendapat mesej yg sangat pelik dr dia.. penuh kesedihan dan kekecewaan.
Kak Pah dan staff rumah anak yatim bergegas ke rumahnya .
Sungguh hiba melihat keadaan dia .. yg sudah terbaring di tilam usang selama seminggu dlm keadaan sakit akibat kesan pembedahan. Tanpa makan minum yg sempurna, mengharapkan ehsan seorang kawan semata yg tinggal di kawasan itu.
Rumah yg sudah dipotong bekalan air dan letrik itu sudah tidak layak dihuni kerana kotor dan semak. Kata jirannya .. mereka juga tidak tahu dia ada di dalam rumah itu yg kelihatan sunyi sepi.
Dia dipapah keluar dr rumah itu sehelai sepinggang dlm deraian air mata ....
Hari ini .. dia menerima Anugerah Khas dr pihak sekolah atas tingkah-lakunya terpuji dan jatidirinya yg berusaha utk bangkit semula walau telah dua tahun terkandas dalam persekolahan.
Anugerah ini bukan saja sungguh bermakna buat dia, bahkan buat kami semua warga rumah anak yatim yg selama ini tidak jemu memberikan dia dorongon dan harapan.
Sama-samalah kita doakan, semoga Dik An akan menjadi insan yg berjaya di dunia dan akhirat ....
Sumber dari Facebook Natipah Abu
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.