Penyanyi Amira Othman mengakui dia mula berhijab sejak dari usia 17 tahun tetapi ada kisah di sebalik penghijrahan dirinya untuk berhijab. Dia menceritakan pengalamannya sewaktu mendengar kisah azab kubur yang akan dipenuhi dengan ular dan kala jengking membuatkan dirinya rasa takut lalu dia mengambil keputusan untuk berhijab sehinggalah sekarang.
“Saya masih ingat lagi dengan cerita ustaz itu yang memberitahu azab bagi mereka yang tidak memakai hijab. Antara azab yang saya dengar dimana kubur seseorang itu akan dipenuhi ular dan kala jengking. Saya jadi takut mendengar cerita ustaz dan sejak itu saya mula memakai hijab,” katanya kepada Hijabista.
Amira terus kekal istiqomah dalam memakai hijab kerana baginya rezeki itu tidak bergantung kepada penampilan seseorang. “Saya percaya apa yang disampaikan oleh ustaz dimana rezeki itu tidak bergantung pada penampilan seseorang. Saya memakai tudung adalah kehendak diri sendiri bukan disebabkan desakan keluarga,” katanya.
Sumber dari Rotikaya
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.