Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

5 Kisah Penjenayah & Con Artist Wanita Yang Sangat Licik Dan Patut Dijadikan Filem

Semoga kita semua dijauhi dari sifat dan kelakuan mereka ini.
Dayana Sobri
12 Jan 2022, 02:24 PM

Artikel ini ditaja oleh Astro GO

5 kisah penjenayah & con artist wanita yang sangat licik dan patut dijadikan filem

Kredit: Associated Press & Associated Press

Kaum wanita biasanya dikenali sebagai golongan lemah-lembut, penyayang, dan empati. Namun dalam berbilion wanita yang ada di dunia ni, pastinya ada beberapa penjenayah dan con artist wanita yang teramat licik sehingga dikenali di serata dunia. Ini ialah lima kisah penjenayah dan con artist wanita yang amat licik dan patut dijadikan filem:

#1 Mary Kay Letourneau: Seorang pedofilia wanita 

Mary Kay Letourneau ialah seorang guru di sebuah sekolah rendah di Amerika Syarikat. Ketika Mary berusia 34 tahun, dia telah menjalinkan hubungan dengan seorang murid bawah umur bernama Vili Fualaau, yang ketika itu berumur 12 tahun. Walaupun dihukum penjara selama enam tahun setengah, Mary dan Vili akhirnya berkahwin juga sehingga mempunyai dua orang anak gadis.

#2 Lori Loughlin: Bintang Hollywood yang menipu dan merasuah universiti ternama 

Lori Loughlin ialah seorang pelakon Hollywood yang ditangkap FBI pada tahun 2019 kerana terlibat dalam kes penipuan di mana dia telah mengubah markah ujian anaknya demi diterima masuk ke salah sebuah universiti ternama di dunia, di samping memberi rasuah kepada pihak pendaftaran.

#3 Enedina Arellano Felix: ‘Drug lord’ wanita pertama di dunia 

Enedina ialah ketua cartel dadah yang dikenali sebagai Tijuana Cartel di Mexico. Apabila Enedina ambil alih dan memimpin cartel ini, Mexico menyaksikan keganasan yang melibatkan dadah yang terdahsyat dalam sejarah negara tersebut.

#4 Elizabeth Holmes: Pencipta teknologi palsu 

Pada tahun 2003, Elizabeth Holmes yang amat takut dengan jarum telah mendakwa bahawa dia telah mencipta sebuah teknologi yang boleh menguji semua jenis penyakit menggunakan hanya setitik darah. Menjelang tahun 2010, dia berjaya meraih dana sebesar US$92 juta dari para penderma yang percaya dengan teknologinya.

Apabila FDA, FBI, dan CMS (Pusat Perkhidmatan Medicare dan Medicaid AS) mula menyiasat Theranos (syarikat teknologi milik Elizabeth), mereka mendapati kajian dan teknologi syarikat itu tidak benar. Dalam beberapa kes, prosedur yang dilakukan menggunakan teknologi Holmes itu malah membahayakan para pesakit. Baru-baru ni Elizabeth akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah.

#5 Mona Fandey: Penyanyi merangkap pembunuh terkemuka Malaysia 

Sebut sahaja nama Mona Fandey, pasti ramai yang dah biasa dengar nama penyanyi yang lebih dikenali sebagai dukun dan pembunuh ini. Disebabkan kerjaya nyanyiannya yang sendu, Mona beralih kepada bidang perdukunan yang lebih menguntungkan. Ayat terakhirnya “Aku takkan mati” sememangnya menggerunkan, sebab sampai sekarang namanya masih disebut-sebut.

Sebenarnya kisah Mona ini dah pun difilemkan, tapi sebelum itu terdapat pelbagai masalah yang terjadi sehingga filemnya tidak dapat ditayangkan bertahun-tahun lamanya sehinggalah 2018.

Mona barangkali ialah dukun paling terkenal di Malaysia, tapi anda tahu tak, terdapat dua orang wanita yang menyamar sebagai dukun dengan tujuan yang sama, iaitu mengaut keuntungan besar? Kalau nak tau lagi lanjut tentang mereka berdua, anda kenalah tonton filem Dukun Diva, yang kini boleh distrim melalui Astro GO!

Go ke mana sahaja tanpa ketinggalan siaran hiburan yang digemari dengan Astro GO! 

5 kisah penjenayah & con artist wanita yang sangat licik dan patut dijadikan filem

Kredit: Astro GO

Satu aplikasi, 65,000 siaran. Dengan Astro GO, anda boleh strim pelbagai rancangan hiburan dan filem yang anda nak tonton pada bila-bila masa dan di mana jua! Astro GO ialah servis penstriman 24/7 di mana anda boleh nikmati pelbagai hiburan Melayu terkini, berita Malaysia, sukan, dan acara hiburan seperti Gegar Vaganza 8 dan AME 2022. Anda boleh strim melalui fon pintar, tablet, atau komputer.

PERCUMA buat semua pelanggan Astro tanpa caj tambahan, jangan lupa muat turun aplikasi Astro GO dan sambungkan akaun Astro anda untuk strim Dukun Diva dan macam-macam lagi!

Anda boleh muat turun aplikasi Astro GO sekarang di Apple App Store, Google Play Store dan HuaWei App Gallery

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.