Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

"I Shall Forever Be Grateful, Sir” – Khairy Jamaluddin Ucap Terima Kasih Kepada PM Atas Penghormatan Kepada Tun Abdullah

ROSTAM, Mohamad Firdaus
15 Apr 2025, 09:05 PM

i shall forever be grateful, sir” – khairy jamaluddin ucap terima kasih kepada pmx atas penghormatan kepada tun abdullahFoto: Astro Awani

Bekas Menteri Kesihatan dan juga menantu kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khairy Jamaluddin, menzahirkan ucapan terima kasih secara peribadi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas penghormatan besar yang diberikan kepada bapa mertuanya.

Menerusi ruangan komen hantaran yang dikongsi Anwar di Instagram, Khairy meluahkan penghargaan yang mendalam atas kata-kata ikhlas dari Anwar yang mengenang persahabatannya bersama Allayarham.

Malah, Khairy turut menzahirkan rasa terima kasihnya atas keizinan kerajaan untuk menyemadikan jenazah Allahyarham di Makam Pahlawan, merupaka satu penghormatan tertinggi negara buat para pemimpin.

i shall forever be grateful, sir” – khairy jamaluddin ucap terima kasih kepada pmx atas penghormatan kepada tun abdullah

Foto: Tangkap layar Instagram

“Terima kasih, sir, atas beberapa nukilan ikhlas yang dikarya mengingati sahabat lama. Kami sekeluarga amat tersentuh dengan kemuliaan kata Dato' Seri terhadap ayahanda Pak Lah.  

“Penghargaan jua kepada Dato' Seri dan kerajaan kerana memberi penghormatan kepada Pak Lah dengan mengizinkan satu istiadat pengkebumian yang teristimewa dan kebenaran untuk jenazahnya disemadikan di makam pahlawan bersama negarawan-negarawan yang lain.  

“I shall forever be grateful for this, sir” tulisnya menerusi komen.

i shall forever be grateful, sir” – khairy jamaluddin ucap terima kasih kepada pmx atas penghormatan kepada tun abdullah

Foto: Instagram

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada teks penuh ucapan PMX yang menyentuh hubungan peribadinya dengan Tun Abdullah, atau dikenali sebagai Pak Lah, yang pernah menjadi Perdana Menteri kelima Malaysia.

Terdahulu, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Negara untuk penghormatan terakhir sebelum disemadikan di Makam Pahlawan.

i shall forever be grateful, sir” – khairy jamaluddin ucap terima kasih kepada pmx atas penghormatan kepada tun abdullahFoto: Instagram

Ribuan rakyat hadir memberikan penghormatan, termasuk pemimpin negara, keluarga, sahabat serta rakyat jelata yang mengagumi peribadi Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang tenang dan berintegriti.

Penghormatan yang diberi turut dianggap sebagai lambang penghargaan negara terhadap jasa dan kepimpinan Allahyarham dalam mentadbir negara dengan pendekatan berhemah dan berlandaskan nilai Islam Hadhari.

Sumber: Instagram @anwaribrahim_my

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us