Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan sebuah komet bergerak pada kelajuan 2,735 kilometer sejam dan menerangi langit malam.

Kejadian yang jarang berlaku tersebut telah mengejutkan orang ramai di Sepanyol dan beberapa kawasan di Portugal.
Menurut beberapa saksi kejadian, mereka terperanjat melihat bebola api besar bergerak laju dan mengubah langit gelap gelita menjadi terang.
Rakaman yang tular telah jelas memaparkan objek berbentuk bola api berwarna biru dengan ekor panjang jatuh dari langit.
Objek menyala tersebut meletup dan hanya beberapa saat sahaja seluruh langit bertukar menjadi warna biru.
Pakar angkasa menjelaskan bahawa cahaya biru yang melintasi langit adalah ‘komet yang menakjubkan’ yang bergerak pada kelajuan sekitar 2,735 kilometer sejam.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.