Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

Konsert GenKRU The Finale Bakal Gegarkan Stadium Hoki Nasional November Ini

ROSTAM, Mohamad Firdaus
30 Sep 2025, 10:55 AM

konsert genkru the finale bakal gegarkan stadium hoki nasional november iniFoto: Harian Metro

Konsert GenKRU sekali lagi bakal menggegarkan peminat apabila kumpulan legenda itu mengumumkan penganjuran Konsert GenKRU The Finale: One More Time pada 22 November ini di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Penganjur konsert yang juga Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, menjelaskan Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi kerana dianggap paling sesuai untuk persembahan berskala besar dengan mutu produksi yang lebih mantap.

“Banyak pihak mencadangkan supaya konsert diadakan di luar Kuala Lumpur, tetapi terdapat pelbagai kekangan. Setelah berbincang, kami sepakat menganjurkannya semula di sini dengan penambahbaikan pada aspek produksi. Malah, harga tiket juga dikurangkan sedikit sebagai nilai tambah untuk peminat,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa konsert kali ini menyasarkan kehadiran seramai 12,000 penonton dan akan memberikan pengalaman berbeza berbanding penganjuran sebelum ini.

“Kami tidak mahu mengulang formula sama kerana penonton kini lebih bijak menilai. KRU sendiri sentiasa mencari idea baharu. Jika hanya meniru konsep lama, ia akan menimbulkan kebosanan,” jelasnya.

Sementara itu, salah seorang anggota KRU, Datuk Norman Abdul Halim, berkata konsert kali ini memberi peluang kepada mereka untuk mengalihkan suasana daripada lokasi tertutup kepada lokasi terbuka dengan skala yang lebih besar.

“GenKRU kali ini boleh dianggap sebagai versi baharu yang diolah semula. Kami mahu ‘raise the bar’ dan Stadium Hoki Nasional adalah lokasi istimewa untuk merealisasikan hasrat tersebut,” ujarnya.

Tiket bagi Konsert GenKRU The Finale: One More Time akan mula dijual pada 3 Oktober jam 2 petang dengan harga antara RM188 hingga RM558.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us