Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

[VIDEO] Darurat 14 Hari di Aceh Selepas Ribut Tropika Senyar Landa Sumatra

IDRUS, Husna Najwa
28 Nov 2025, 11:03 AM

[video] darurat 14 hari di aceh selepas ribut tropika senyar landa sumatra

Foto: BBC Indonesia

Hujan lebat  yang berterusan di beberapa wilayah Aceh, Sumatra Utara dan Sumatra Barat dalam beberapa hari kebelakangan ini telah mengakibatkan bencana besar, dengan sekurang-kurangnya 90 orang terkorban dan puluhan lagi masih hilang. Ribuan rumah rosak, kawasan pertanian musnah dan ribuan penduduk terpaksa berpindah ke pusat perlindungan sementara.

Menurut BMKG, hujan ekstrem yang mencetuskan banjir besar serta tanah longsor ini berpunca daripada Ribu Tropika Senyar, satu fenomena cuaca yang jarang berlaku berhampiran kawasan khatulistiwa.

[video] darurat 14 hari di aceh selepas ribut tropika senyar landa sumatra

Peneliti Pusat Riset Iklim dan Atmosfer BRIN, Erma Yulihastin, menjelaskan bahawa kejadian ribut tropika di kawasan seperti Indonesia hampir tidak pernah berlaku. Ribut Senyar bergerak dengan sistem tekanan rendah yang cukup kuat untuk mencetuskan hujan berintensiti tinggi dalam masa singkat.

Walhi pula menyifatkan kesan buruk bencana kali ini turut diperkuat oleh kemerosotan kualiti alam sekitar, termasuk aktiviti industri ekstraktif. Peneliti BRIN, Fakhrudin, menambah bahawa pembangunan besar-besaran di beberapa kawasan telah menyebabkan sungai mendangkal dan berubah bentuk, menjadikan aliran air hujan lebih mudah melimpah.

[video] darurat 14 hari di aceh selepas ribut tropika senyar landa sumatra

Foto: BBC Indonesia

Di Aceh, keadaan paling buruk. Gubernur Aceh, Muzakir Manaf, mengumumkan status darurat selama 14 hari bermula 28 November hingga 11 Disember 2025.

Langkah itu diambil selepas 20 daripada 23 kota di Aceh terjejas banjir dan tanah runtuh, menurut data BPBA.

 

@jaloe_kayoh Pray for Aceh Banjir di Aceh #sadstory #banjiraceh #music #quotestory ♬ suara asli - linimassa.id

 

Ramai penduduk terpaksa menjalani kehidupan dalam keadaan yang sangat terhad. Seorang warga Banda Aceh, Azharul Husna, berkata bekalan elektrik di kawasan rumahnya sudah terputus lebih dua hari, manakala talian komunikasi sering hilang.

Husna turut menambah bahawa walaupun Banda Aceh tidak seteruk Aceh Timur, Aceh Utara dan Lhokseumawe, keadaan tetap membimbangkan. Beliau juga tidak dapat menghubungi anggota keluarga di Aceh Timur berikutan gangguan rangkaian.

Sumber: BBC Indonesia

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us