![kos ibadah umrah dijangka meningkat](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/kaabah.jpeg)
Gambar fail/REUTERS
Kos menunaikan ibadah umrah dijangka akan meningkat naik susulan daripada pelaksanaan peraturan dan SOP baharu yang diperkenalkan oleh kerajaan Arab Saudi berikutan pandemik COVID-19.
Menurut Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebahagian besar perningkatan kos tersebut adalah berkait dengan had muatan bilik hotel dan bas memandangkan ianya perlu mengikut SOP penjarakan sosial.
"Sebagai contoh - jumlah jemaah dalam bilik penginapan dihadkan kepada dua orang sahaja yang mana sebelum wabak COVID-19, satu bilik boleh memuatkan 4-6 orang. Begitu juga semasa jemaah menaiki kenderaan (bas), yang mana jumlah penumpang dihadkan kepada 50 peratus muatan bas.
Selain itu jumlah jemaah dalam Masjidil Haram juga dihadkan.
Menurutnya lagi kejaraan Arab Saudi kini sedang secara terperinci dengan mengambil kira keadaan kesihatan dan keselamatan semua pihak dalam pandemik Covid-19 yang masih belum reda.
Sumber : BERNAMA, ASTRO Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.