
Imej Akkapol Chantawong
Tragedi yang menimpa pasukan bola sepak Wild Boar bawah 16 tahun dan jurulatih mereka yang terperangkap di dalam Gua Tham Lang mendapat perhatian dan liputan seluruh dunia.
Rata - rata turut bersimpati dan prihatin tentang perkara yang menimpa mangsa serta keluarga.
Selepas lebih 2 minggu, akhirnya semua mangsa berjaya diselamatkan.
Ikuti kronologi bagaimana misi menyelamat ini bermula.

Sabtu 23 Jun 2018
Misi mencari dan menyelamat bermula apabila 12orang ahli pasukan bola sepak berumur 11 -16 tahun dan juga seorang jurulatih. Menurut laporan, mereka terperangkap di dalam gua tersebut kerana ingin berlindung dari hujan lebat selepas menjalai latihan bola sepak. Kanak - kanak terbabit dilaporkan hilang oleh salah seorang ibu mangsa apabila mendapati anaknya tidak pulang sehingga lewat malam.
Ahad 24 Jun 2018
Pasukan penyelamat menemui beg dan sandal kira - kira 3km ke dalam gua dan terpaksa menghentikan misi menyelamat kerana paras air yang semakin tinggi.
Isnin 25 Jun 2018
Penyelam 'Thai Royal Navy Seal' Berjaya memasuki gua dan menjumpai cap jari namun sekali lagi misi terpaksa dihentikan kerana banjir dan hujan lebat. Pihak penyelamat memulakan proses mengepam keluar air yang berada di dalam gua.
Selasa 26 Jun 2018
Hujan yang semakin lebat menyebabkan pencarian di pintu masuk alternative gua menggunakan helicopter terpaksa dihentikan.
Rabu 27 Jun 2018
1000 orang askar dan tentera laut termasuk sukarelawan menyertai misi menyelamat. Pasukan penyelamat dari Amerika dan United Kingdom turut menyertai misi tersebut.
Imej via ABC
Khamis 28 Jun 2018
Pam berkuasa tinggi dibawa ke lokasi untuk membantu proses mengurangkan air di dalam gua tetapi terpaksa diberhentikan selama 5 jam kerana cuaca buruk.
Jumaat 29 Jun 2018
Pasukan penyelamat dari Cina dan Australia turut datang memberi bantuan.
Sabtu 30 Jun 2018
Keadaan hujan akhirnya semakin reda memudahkan penyelam memasuki kawasan yang lebih dalam tetapi lokasi mangsa masih jauh
Imej via Twitter @ladyCaveDiver
Ahad 1 Julai 2018
Pakar dari lebih kurang 6 negara yang diketuai oleh Thai Navy Seals terus mencuba untuk memasuki gua dengan menggunakan pelbagai alatan dan tangki oksigen turut di bawa masuk.
Isnin 2 Julai 2018
2 penyelam british Berjaya menemui tempat mangsa berlindung, kira - kira 4km ke dalam gua.
Selasa 3 Julai 2018
Pasukan penyelamat membawa bantuan perubatan, makanan, minuman serta selimut untuk mangsa.
Rabu 4 Julai 2018
Mangsa diajar menggunakan topeng menyelam dan alat pernafasan.
Khamis 5 Julai 2018
Pasukan penyelamat terus mengepam air keluar dari gua dan mencari jalan keluar semula jadi yang terdekat dengan mangsa.
Jumaat 6 Julai 2018
Saman Kunan, Bekas Sarjan Tentera Laut Thailand yang juga merupakan sukarelawan dalam misi menyelamat ini meninggal dunia kerana kehabisan oksigen ketika menyelam masuk ke dalam gua.

Sabtu 7 Julai 2018
Ketua Operasi Penyelamat Narongsak Osottnakorn berkata, semua mangsa belum bersedia untuk menyelam atas faktor keselamatan.

Mangsa turut menulis surat meminta maaf kepada ahli keluarga mereka.
Ahad 8 Julai 2018
18 penyelamat memasuki gua dan operasi diteruskan. 11 jam kemudiaan, 4 mangsa berjaya dikeluarkan dan mereka dikejarkan ke hospital.
Isnin 9 Julai 2018
4 lagi mangsa berjaya diselamat 9 jam selepas itu.
Selasa 10 Julai 2018
Misi menyelamat ketiga diteruskan dan akhirnya 4 lagi pemain serta jurulatih mereka berjaya diselamatkan.
Mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapat rawatan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.