
Siasatan pihak polis Jepun berhubung dengan satu kes pembunuhan seorang wanita yang terlantar di atas katil menemui kepada bukti yang amat tidak disangka apabila seekor kucing liar didapati menjadi suspek kes ini.
Mayat Mayuko Matsumoto ditemui anaknya dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan cakaran di muka. Mayat ditemui dirumahnya yang terletak di kawasan pergunungan selatan Jepun.
Ketika pihak polis menemui mayatnya, banyak darah terdapat di bahagian muka. Anaknya sangat terkejut dengan insiden ini dan tidak tahu apa yang telah berlaku kepada anaknya. Matsumoto dikatakan tidak mampu bercakap dan terpaksa dijaga dengan rapi.
Ketika siasatan dijalankan, pihak berkuasa tidak menemui kesan pecah di rumahnya. Mereka juga percaya bahawa luka yang terdapat pada Matsumoto itu adalah kesan dari cakaran kucing.
Pihak polis juga mencari kucing-kucing yang berkeliaran di rumah Matsumoto yang mungkin menjadi suspek kepada kes pembunuhan ini dan mereka berjaya menemui kesan yang mungkin darah manusia pada salah seekor dari mereka.
"Polis sedang menganalisis sampel darah yang diambil dari kuku kucing itu yang mungkin telah mencakar mangsa," lapor NHK.
Sumber dari Siakap Keli
      
     
    
      Filled Under :
      
      
      
      *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.