Memelihara haiwan peliharaan seperti kucing bukan sahaja sebagai satu hobi malah ia sebagai satu cara terapi diri.
Dikenali juga sebagai cat therapy, memiliki kucing boleh memberikan pemiliknya kebaikkan dan manfaat seperti berikut:
1. Meningkatkan hormon bahagia iaitu endorfin dan dopamin.
2. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
3. Membuatkan tubuh memiliki daya imuniasasi diri yang tinggi
4. Baik untuk merawat mereka yang insomnia, sekaligus menjadikan tidur lebih lena.
5. Bunyi purr sebagai satu fisioterapi secara tak langsung kepada pemilik.
6. Sebagai peneman terbaik dan penghibur hati.
7. Membantu mengurangkan anxiety, kemurungan dan tekanan mental serta sebarang tekanan psikologi.
Menerusi laman Youtube Dr. Noordin Darus, seorang doktor kesihatan profesional (MBBS), beliau menerangkan secara terperinci mengenai cat therapy dengan menyenaraikan 13 manfaat memelihara kucing sebagai haiwan peliharaan di rumah.
Sumber: Wanista / Youtube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.