Pernah nampak ‘maze’ atau peta sesat yang diperbuat daripada botol-botol air? Seorang pengguna akaun YouTube telah membina sebuah peta sesat menggunakan susunan botol air mineral sebagai permainan untuk kucing-kucingnya.
Dalam video tersebut, belaiu ingin melihat perbezaan antara kucing jantan dan betina dalam menyelesaikan peta sesat berikut. Kecomelan kucing-kucing tersebut bertambah keika mereka kebingungan.
Jangan risau, peta tersebut tidak mempunyai tutup. Para kucing tidak merasa sesak mahupun tersekat. Durasi masa mereka di dalam peta sesat tersebut pun tidaklah begitu lama.
Seorang penonton video tersebut musykil kenapa kucing tersebut tidak lompat sahaja bagi melepaskan diri. Walau apapun sebabnya, kecomelan mereka dalam mencari jalan keluar ibarat telah menjawab segala persoalan.
Sumber: YouTube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.