Pernah terfikir kenapa kamu asyik batuk dan selesema? Mungkin kamu merasakan imunisasi kurang, tapi pernahkah terfikir persekitaran penyebabnya?
via GIPHY
Cuba lihat siling dan dinding rumah anda. Ada tak nampak tompok hitam berdebu yang berkumpul? Itu lah kulat dan ini mungkin punca anda sentiasa batuk dan selesema.
Kulat di dinding dan siling biasanya berlaku akibat persekitaran yang lembab akibat kebocoran bangunan atau sistem pengudaraan yang tidak lancar.
Bukan sekadar kulat, sebenarnya ia mendatangkan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan. Spora halus yang dibebaskan oleh kulat ini boleh di sedut masuk ke paru paru dan menyebabkan iritasi dan radang kepada saluran pernafasan.
Ia boleh mengakibatkan hidung berair dan tersumbat, bersin, batuk, sesak nafas dan nafas berbunyi. Sekiranya tidak di bersihkan, pendedahan secara berterusan boleh mengakibatkan fungsi paru paru terjejas dan mengkibatkan masalah kronik seperti astma. Dan keadaan ini bahaya kepada penghidap astma atau lelah.
Tanda tanda lain bagi kehadiran kulat termasuklah bau yang kepam, kesan air, kesan meruap dan cat dinding mengelupas.
Bagaimana Nak Cegah?
- Pastikan pengudaraan yang sesuai di dalam bangunan terutamanya bahagian yang lembab dan gelap seperti tandas, bilik membasuh dan dapur.
- Pastikan sistem saliran air di bumbung lancar dan tidak melimpah.
- Bersihkan kulat tersebut menggunakan sabun dan air. Jika kulat masih tumbuh, boleh gunakan peluntur.
- Cari punca yang menyebabkan pertimbuhan kulat tersebut dan perbaiki punca tersebut.
- Jika bahan berfabrik ditumbuhi kulat dan sukar untuk dibersihkan, anda mungkin tiada pilihan lain selain membuang bahan tersebut.
Sumber: WANISTA
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.