![kulit pisang mampu putihkan gigi](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/8af9252d-daf5-40fe-b4ae-a7155ee73125_169.jpg)
Selalunya kita akan buang kulit pisang ke tong sampah. Tapi tahukah anda kulit pisang ini ada banyak penggunaannya.
#1 Mengurangkan jerawat
![kulit pisang mampu putihkan gigi](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/966810-19688760-28-0-1527170652-1527170701-1500-1-1527170701-728-97b89919cf-1527578033.jpg)
Kulit pisang mengandungi vitamin C dan vitamin E dan juga mengandungi kalium, zink, zat besi, dan mangan. Nutrien ini dapat menenangkan kulit yang meradang dan mengurangkan jerawat.
- Gosokkan kulit pisang ke atas kulit anda dan biarkan selama 5 hingga 10 minit.
- Bilas kulit anda.
- Ulangi dua kali sehari.
# 2 Bantu mengurangkan kedutan
![kulit pisang mampu putihkan gigi](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/966410-18382010-1-0-1526912994-1526913016-0-1526913122-0-1526914065-1526985488-1200-1-1526985488-728-6f9081b3ae-1527578033.jpg)
Kedutan wajah muka berlaku apabila kulit kehilangan keanjalannya. Antioksidan dan vitamin C dalam pisang dapat membantu mengurangkan kedut wajah muka.
- Gosokkan kulit pisang ke atas kulit anda dan biarkan selama 30 minit atau semalaman.
- Cuci muka dan pakai pelembap muka.
- Ulangi 3 kali seminggu.
#3 Bantu menghilangkan serpihan kayu di kulit
![kulit pisang mampu putihkan gigi](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/966710-19677410-27-0-1527170255-1527170346-1500-1-1527170346-728-b4f41ddeff-1527578033.jpg)
Kulit pisang kaya dengan enzim yang akan menarik subjek asing di permukaan kulit yang akan menjadikannya lebih mudah daripada mengambil serpihan kayu atau kaca dengan sepasang pinset.
- Sapukan kulit pisang ke kawasan kulit yang terkena.
- Biarkan pada kulit selama 15 minit.
- Keluarkan dengan lembut tanpa menggosoknya pada kulit.
- Kemudian keluarkan serpihan.
#4 Memutihkan gigi
![kulit pisang mampu putihkan gigi](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/966610-18396010-2-0-1526764648-1526764676-0-1526881869-0-1526913974-1526987155-1200-1-1526987155-728-6f9081b3ae-1527578033.jpg)
Kulit pisang yang sudah masak sangat kaya dengan potassium yang dapat membantu mengurangkan gigi yang kelihatan kuning akibat daripada pengambilan minuman tertentu seperti kopi dan teh.
- Gosok gigi dan bilas gigi dengan air.
- Ambil bahagian dalam kulit pisang dan gosokkannya pada gigi selama 2 minit.
- Bilas gigi dengan air dan ulangi setiap hari.
#5 Merawat migrain dan sakit kepala
![kulit pisang mampu putihkan gigi](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/966510-18400110-19-0-1526984273-1526987674-1200-1-1526987674-728-6f9081b3ae-1527578033.jpg)
Kulit pisang dapat melegakan sakit kepala! Ini disebabkan oleh kandungan potassium yang ada dalam kulit pisang.
- Masukkan kulit pisang di dalam peti sejuk selama satu jam.
- Sapukan satu garis kulit ke dahi anda dan satu di bahagian belakang leher anda.
- Biarkan sehingga menjadi suam.
- Ulangi jika anda masih mengalami sakit kepala dengan tambahan kulit pisang yang sejuk.
Sumber: Brightside
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.