Tahu tak anda kulit telur yang kering mengandungi banyak khasiat dan boleh dijadikan sebagai baja organik untuk tanaman.
Kulit telur mengandungi kalsium yang terdiri dari kalium, kalsium, fosfor dan magnesium. Kalsium (Ca) pada tanaman berperanan untuk merangsang pembentukan bulu akar, mengeraskan batang tanaman, dan merangsang pembentukan biji.
Jadi tidak hairanlah kalau kita kumpel kulit telur untuk dijadikan baja untuk tanaman. Dengan cara ini, bukan sahaja anda menjimat tapi ia terbukti mendatangkan hasil yang baik untuk tanaman.
Ini cara-caranya:
- Lepas guna, asingkan kulit telur anda
- Basuh kulit telur terutama sekali di bahagian dalam
- Keringkan kulit telur
- Selepas kering, hancurkan kulit telur
- Dan akhir sekali taburkan dalam pasu tanaman anda!
Senang sahaja kan?! Okay, selamat mencuba!
Sumber: Keluarga
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.