Bulan Ramadan yang telah tiba ini pastinya bulan yang dinanti-nantikan umat Islam di seluruh dunia.
Makanan yang begitu sinonim iaitu kurma juga akan menjadi pilihan untuk bersahur dan berbuka puasa.

Kurma mengandungi pelbagai khasiat dan mineral penting serta serat tetapi ia akan membawa mudarat jika ditambah dengan bahan seperti butter dan diambil dalam kuantiti yang banyak.
Baru-baru ini, tular di media sosial apabila ramai warganet berkongsi resepi kurma yang dicampur mentega.
Tahukah anda? Mentega adalah lemak haiwan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi dan ia juga tinggi kalori.
Malah, pengambilan 1 biji kurma butter bersamaan dengan sesenduk nasi.
Jika anda nak makan untuk merasa sahaja tiada masalah tetapi untuk pengambilan kerap dan banyak tidak baik untuk kesihatan.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.