
Gambar : Stadium Astro
Gara-gara menampar dan menendang kucing peliharaan, pemain pertahanan West Ham, Kurt Zouma didenda melakukan kerja amal selama 180 jam.
Video pemain bola sepak tersebut viral di media sosial pada Februari tahun ini. Pemain itu juga dilarang memelihara kucing selama lima tahun.
Pemain kebangsaan Perancis itu dijatuhkan hukuman berkenaan semalam selepas menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah Majistret Thames minggu lalu -- didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan tindakan tidak sepatutnya yang mengundang kesengsaraan terhadap haiwan peliharaan.
Dua kucing milik Zouma itu telah diambil dan diletakkan di bawah jagaan RSCPA sejak Mac lalu dan pengurus West Ham, David Moyes, turut mengkritik tindakan "kejam" berkenaan selain kelab itu juga telah mengenakan denda maksimum terhadap pertahanan itu, yang dilaporkan bernilai £250,000 (RM1.3 juta).
Sumber : Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.