
Pernah tak anda terfikir macam mana kutu beras boleh berada dalam beras sedangkan semasa kita beli semuanya nampak dalam keadaan baik. Dari mana datangnya kutu beras ni?
Kutu beras juga dikenali sebagai bubuk atau rice weevil. Kutu beras merupakan serangga dalam kategori Stored Product Pest. Sumber makanan bagi serangga ini adalah biji benih gandum, tepung dan juga beras.
Macam Mana Kutu Beras Boleh Berada Dalam Beras?
Rupanya serangga ni sudah bertelur di dalam beras itu sendiri. Dia akan jadikan butiran beras sebagai tempat menyimpan telur. Caranya adalah dengan menebuk isi dalam beras sehingga kosong.
Bila tiba tempoh matang, telur ni akan menetas dan meneruskan kehidupan di dalam beras yang kita dah beli tu. Bukan setakat itu je, kutu beras ini akan biakkan telur mereka dalam beras yang lain.
Lagi jarang kita masak, lagi cepatlah mereka membiak!
Cara Nak Elakkan Kutu Beras
1. Letak daun Bay Leaves (Daun Salam) - Daun bay leaves boleh jadi repellent pada kutu beras sebab bau yang dihasilkan.
2. Lada hitam - Biji lada hitam sangat bertoksik pada serangga ni. Tabur sedikit dalam bekas beras tu.
3. Vacuum Pack - Simpan beras dalam vacuum pack boleh mengelakkan dari telur kutu beras menetas.
4. Simpan beras dlm freezer - yang ni jarang orang buat, tapi tetap berkesan kerana kutu beras sensitif juga dengan suhu sejuk.
Sumber : Twitter @naimpestcontrol
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.