
"Begitu syulit lupakan Rehan. Apa lagi Rehan baik.."
Pernah tak lagu yang sama, berulang-ulang bermain di minda anda dan perkara itu sangat menjengkelkan?
Itu adalah situasi yang dipanggil Earworms. Keadaan di mana lagu yang tidak diingini yang berulang di kepala anda sehingga mengganggu ketenteraman.
Apa Ciri-Ciri Earworms Ni ?
Ahli psikologi muzik mendapati lagu-lagu ini lebih pantas dan mempunyai ciri melodi yang ringkas dan panjangnya hanya 15 hingga 30 saat . Muzik bagi ear worm juga mempunyai beberapa selang unik antara nota yang menjadikan lagu itu menonjol.
Ada beberapa tips yang boleh anda lakukan sekiranya 'diserang' earworms ni.
1. Dengarkan keseluruhan lagu
2. Tambah variasi lagu dalam fikiran
3. Abaikan lagu yang sedang bermain
4. Kunyah gula-gula getah
5. Sibukkan diri anda
Sumber : Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.