Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Laluan Sempit dan Lori Laju Punca Kemalangan Maut di Teluk Intan

ROSTAM, Mohamad Firdaus
14 May 2025, 03:17 PM

laluan sempit dan lori laju punca kemalangan maut di teluk intanFoto: Bernama

Keadaan jalan yang sempit serta ketiadaan lampu isyarat dikenal pasti antara punca utama kejadian kemalangan maut di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan, yang meragut sembilan nyawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) baru-baru ini.

Memetik laporan Bernama, haluan ini sering menjadi tumpuan kenderaan berat seperti lori membawa muatan pasir dan batu, yang menurut penduduk setempat, sering dipandu laju dan tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Sungai Lampam Kanan, Mohammed Nadzri Mat Taib, menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan ini.

Menurutnya, laluan tersebut bukan sahaja digunakan oleh lori tetapi juga merupakan akses utama ke pelbagai kemudahan kampung seperti surau, tadika, gerai makan dan lorong ke kampung-kampung sekeliling. Katanya, sudah beberapa kali berlaku kejadian lori terbabas ke dalam parit akibat memandu terlalu laju.

Beliau turut mendedahkan bahawa lori-lori berkenaan dipercayai menghantar bahan binaan ke tapak projek berhampiran dan pemandunya pula mengejar jumlah trip harian.

“Saya pernah utarakan cadangan pembesaran jalan dalam mesyuarat, tetapi wujud kekangan seperti jambatan kecil merentasi tali air. Kalau dua kenderaan berselisih, memang sangat berisiko,” katanya.

Walaupun ada penguatkuasaan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), ia tidak dilaksanakan secara konsisten dan tidak memberi kesan jangka panjang kepada pemandu lori terbabit.

Seorang penduduk, Mustafa Rahman, 50, pula berkata bahawa lori yang menggunakan jalan tersebut dipercayai menuju ke Selangor dan biasanya dipandu dengan laju.

Menurutnya, beliau sendiri tidak berani menaiki motosikal untuk menghantar anak ke sekolah kerana bimbang dilanggar lori. Tambahnya lagi, ketiadaan papan tanda amaran, had laju atau lampu isyarat di sepanjang laluan berkenaan memburukkan keadaan. Beliau menyifatkan kejadian yang menimpa anggota FRU itu sebagai tragedi paling buruk yang pernah berlaku di laluan tersebut.

Mustafa turut memaklumkan bahawa rancangan pembesaran jalan pernah diluluskan sebelum ini, namun kemudiannya dibekukan atas sebab yang tidak dimaklumkan. Penduduk kini berharap agar rancangan itu disambung semula agar nyawa tidak terus menjadi korban di jalan berbahaya itu.

Dalam kejadian tragis pada pagi Isnin lalu, trak FRU Unit 5 dari Sungai Senam, Ipoh bertembung dengan sebuah lori membawa muatan batu kerikil, menyebabkan sembilan anggota maut.

Lapan daripada mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us