Penyanyi legenda rock Datuk Awie menyatakan niatnya untuk melamar penyanyi dan pelakon Erra Fazira untuk bersama-sama menyertai konsert Romantika yang dijangka berlangsung pada tahun hadapan.
Namun, mereka masih belum duduk berbincang secara terperinci lagi mengenai lamaran tersebut. Seandainya situasi mengizinkan, bukanlah satu masalah untuk mereka kembali bergabung.
"Setakat ini baru ada bisikan-bisikan dan belum lagi ada pengesahan. Baru proses awal, lagi pun konsert itu bakal berlangsung tahun hadapan.”
"Saya belum tahu pucuk pangkalnya lagi, cuma apa yang saya katakan kepadanya, saya berminat untuk mendengar dengan lebih lanjut,"
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.