Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Lampin Bayi Terpakai Dijadikan Kompos Berkualiti Tinggi - Kajian

Kebanyakan lampin terpakai akan berakhir dengan pembakaran.
Editor
08 Feb 2021, 03:53 PM

Ternyata jumlah sampah tahunan yang besar kepada dunia adalah lampin bayi dan kanak-kanak.

Oleh itu, sebuah syarikat Perancis, Syarikat Energy Observer Solutions dan Les Alchimistes , mengambil inisiatif untuk mengitar semula lampin kanak-kanak, menjadi kompos berkualiti tinggi.

lampin bayi terpakai dijadikan kompos berkualiti tinggi - kajian

Syarikat tersebut menjelaskan bahawa pengguna membeli dan membuang sebanyak 3.5 bilion lampin setiap tahun di Perancis. 

Les Alchimistes kini memulakan usaha memulihkan bahan organik dan mengitar semula sampah itu untuk membuat kompos bernilai tinggi.

Kebanyakan lampin terpakai akan berakhir dengan pembakaran dan ia merupakan jumlah sampah yang paling besar.

lampin bayi terpakai dijadikan kompos berkualiti tinggi - kajian

Seorang bayi menggunakan purata dua sehingga lapan lampin sehari dan ia menghasilkan lebih daripada satu tan sampah dalam tempoh dua tahun pertama. Dalam sebuah rumah dengan seorang anak di bawah usia 2 tahun, lampin pakai buang menyumbang 40 peratus sampah isi rumah.

Pada permulaan, Les Alchimistes melihat sampah ini sebagai potensi. Pakar buangan bio itu telah merancang proses mekanikal yang memulihkan bahan organik dari lampin terpakai dan mengubahnya menjadi kompos. Projek itu dinamakan "Couches Fertiles".

lampin bayi terpakai dijadikan kompos berkualiti tinggi - kajian

Di Seine-Saint-Denis, sebuah mesin memisahkan plastik daripada bahan organik, yang digabungkan dengan kayu dan tanah untuk dijadikan kompos. Usaha ini telah dilakukan sejak 2019 dengan kerjasama lima taska di sekitar Paris.

Objektif jangka panjang Les Alchimistes, adalah memberi kesedaran kepada semua pihak berkenaan dan dapat bekerjasama dengan rakan industri untuk membuat kompos daripada lampin terpakai.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }