Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan 30 hari bermula November ini untuk perbicaraan pertuduhan terhadap Mohd Nazri Abdul Razak, 45, pegawai kanan polis yang dituduh menyebabkan kematian ke atas seorang pelajar lelaki, Disember lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet yang telah menetapkan tarikh itu ketika sebutan kes pada Selasa yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz dan Peguam Jacky Loi Yap Loong yang mewakili tertuduh.
Malah, mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 4 hingga 8 dan 11 hingga 15 November, 2 hingga 6 dan 9 hingga 13 Disember serta 6 hingga 10 dan 13 hingga 17 Januari tahun depan.
Tambahnya, mahkamah juga tetapkan 1 Julai depan sebagai sebutan semula kes untuk pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan afidavit masing-masing.
Tertuduh, Mohd Nazri membuat pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie ketika prosiding berlangsung.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Ipoh antara jam 11.45 pagi hingga 12.40 tengah hari pada 15 Disember 2023.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.