![sudahkah anda melakukan langkah-langkah ini bagi penjagaan kulit muka?](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/whatsapp-image-2020-01-06-at-11-41-43-am.jpeg)
Sesungguhnya kesihatan kulit muka adalah sangat penting terutamanya bagi mereka yang sangat mementingkan penampilan mereka di khalayak ramai. Kadangkala kesihatan kulit muka kita boleh juga menyumbang kepada keyakinan diri di dalam situasi di mana anda perlu bersemuka dangan orang lain.
Mari kita berkongsi sedikit langkah asas yang mudah bagi memastikan kulit muka anda berada pada keadaan yang sihat.
Ketahui jenis kulit muka anda
Terdapat beberapa jenis kulit muka yang biasa kita dengar iaitu kulit kering, berminyak, campuran dan juga kulit sensitif. Langkah pertama yang paling asas adalah dengan mengetahui jenis kulit muka anda. Dengan ini anda dapat memilih produk atau regimen penjagaan kulit muka yang bersesuaian dengan kulit muka anda supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk.
Pengguna akaun Twitter ini berkongsi langkah untuk menentukan jenis kulit muka anda. Penerangan beliau agak terperinci. Pastikan anda baca sehingga ke penhujung bebenang tersebut.
Rangkakan rutin penjagaan kulit anda sendiri
Selepas mengetahui jenis kulit anda, anda boleh mula untuk merangka rutin penjagaan kulit muka anda. Berdasarkan pandangan umum, sekiranya anda mempunyai rutin ini, ia akan membawa kepada kesihatan kulit muka yang lebih terkawal dan mengurangkan masalah-masalah seperti jerawat atau bintik-bintik hitam. Tidak kira apa jenis kulit pun, rutin penjagaan kulit muka ini akan membawa kepada kesihatan kulit yang lebih baik.
Berikut adalah 4 langkah asas bagi memulakan rutin penjagaan kulit muka anda. Jadikan langkah-langkah ini sebagai panduan permulaan sebelum anda mencuba rutin yang lebih kompleks
1. Cucian. Pilih pencuci muka yang tidak menyebabkan kulit muka anda berasa tegang selepas membasuhnya. Cuci muka anda paling kerap 2 kali sehari. Bagimereka yang mempunyai kulit muka kering, satu cucian sehari sudah mencukupi. Jangan cuci muka anda dengan terlalu kasar atau terlalu ‘bersih’ kerana kulit muka anda memerlukan sedikit minyak semulajadi yang dikeluarkan oleh kulit kita.
2. Serum. Penggunaan serum ini memebantu untuk mengkalkan kawalan kesihatan kulit muka anda. Gunakan serum yang mempunyai vitamin C pada waktu pagi dan retinol pada waktu malam.
3. Moisturizer/Pelembap muka. Walaupun kulit anda jenis kulit berminyak, anda tetap memerlukan moisturizer. Tetapi pastikan anda menggunakan moisturizer yang kurang ringan, berasaskan gel, atau tidak menybabkan pora-pora muka anda tersekat. Kulit kering sangat sesuai menggunakan moisturizer jenis krim.
4. Krim pelindung matahari/sunscreem. Gunakan krim yang sekurang-kurangnya SPF 30 15 minit sebelum anda keluar daripada rumah kerana ia memerlukan sedikit masa untuk bertindak. Kulit yang gelap sebenarnya memerlukan lebih banyak perlindungan kerana sekiranya berlaku hyperpigmentation, ia akan lebih sukar untuk diperbetulkan.
Perkara yang paling penting adalah memastikan anda menggunakan produk yang sesuai untuk jenis kulit muka anda. Mulakan rutin yang asas dan mudah seperti di atas, dan sekiranya kulit muka anda menunjukkan tindak balas yang positif, anda boleh mula untuk mencuba produk-produk yang baru bagi menambahkan keserlahan kulit muka anda.
Sumber: Healthline
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.