Selain dompet dan kunci kereta, dalam keadaan sekarang ini perkara yang paling penting jika nak keluar rumah adalah memakai pelitup muka. Hidup dalam norma baharu ketika pandemik ini, semua orang dinasihatkan supaya sentiasa memakai pelitup muka sebagai langkah keselamatan.
Namun, memakai pelitup muka dapat mendatangkan jerawat di muka. 'Mask Acne' ialah jerawat disebabkan oleh penggunaan pelitup muka.
Jadi ini ada beberapa langkah pencegahan ‘Mask Acne’ yang dikongsi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Kerap cuci muka dengan air suam atua pencuci muka
- Gunakan pelembap muka sebelum dan selepas memakai pelitup muka
- Elakkan bersolek jika memakai pelitup muka
- Pakai pelitup muka yang sesuaian (selesa dipakai dan tidak terlalu ketat, sekurang-kurangnya fabrik dwi-lapisan dan fabrik daripada banan semula jadi dan ‘breatheable’ seperti kapas)
- Sapu krim antibiotik sebelum memakai pelitup muka
- Tanggalkan pelitup muka selama 15 minit bagi setiap 4 jam
- Gunakan pelitup muka yang baharu setiap kali bagi jenis pakai buang
- Basuh pelitup muka jenis kain setiap kali digunakan.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.