
Hidung berdarah adalah antara kejadian yang sangat merumitkan keadaan. Pada kebiasaannya ia bukanlah tanda-tanda masalah kesihatan yang teruk dan boleh diubati di rumah. Kanak-kanak adalah mangsa yang paling biasa dalam permasalahan ini.
Kenapa berlakunya hidung berdarah ini sebenarnya?
Sebenarnya, dinding rongga di dalam hidung kita dipenuhi dengan salur-salur darah yang kecil dan nipis. Ia sangat mudah sebnarnya untuk tercedera.
Antara punca utama pendarahan hidung adalah:
Kita korek hidung kita
Menghembus hidung dengan terlalu kuat
Kecederaan ringan kepada hidung
Perubahan tahap kelembapan udara dan suhu yang menyebabkan bahagian dalam hidung menjadi kering dan mudah merekah
Langkah yang boleh diambil ketika berlakunya pendarahan di hidung
Cara-cara menghentikan pendarahan hidung:
Duduk dan kepitkan hidung anda secara erat di bahagian luar hidung yang lembut, sekurang-kurangnya 10-15 minit
Tunduk sedikit ke hadapan dan bernafas menggunakan mulut – ini akan mengahalakan darah yang keluar, ke hidung dan bukan masuk ke tekak
Letakkan pek ais atau pek sejuk ke bahagian batang hidung
Kekal tegak berdiri atau duduk dan jangan baring bagi mengurangkan tekanan darah di bahagian hidung.
Sekiranya Pendarahan berhenti, anda tidak perlu risau akan masalah kesihatan yang lebih kronik.
Bilakah kita perlu risau dan dapatkan bantuan doktor?
Pergi berjumpa doktor atau ke klinik sekiranya:
Anda mempunyai simptom tambahan seperti degupan jantung yang kencang, kesesakan nafas atau menjadi pucat
Kanak-kanak di bawah umur 2 tahun mengalami pendarahan hidung
Pendarahan hidung terlalu sering berlaku
Terus bergegas ke unit kecemasan sekiranya:
Pendarahan berpanjangan sehingga 20 minit
Pendarahan yang terlalu banyak dan anda kehilangan terlalu banyak darah
Sesak nafas
Anda tertelan sejumlah darah yang banyak sehingga menyebabkan and muntah
Sumber: NHS
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.