Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

8 Juta Dewasa di Malaysia Mempunyai Tahap Kolesterol Tinggi, Apakah Puncanya?

IDRUS, Husna Najwa
19 May 2025, 10:57 AM

8 juta dewasa di malaysia mempunyai tahap kolesterol tinggi, apakah puncanya?

Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (Bahagian Pemakanan), seramai 8 juta orang dewasa di negara ini menghadapi masalah kolesterol tinggi, yang merupakan satu isu kesihatan yang semakin membimbangkan. Kolesterol tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, dan masalah kesihatan lain jika tidak dikawal.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, terdapat tiga faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kadar kolesterol di kalangan rakyat Malaysia:

1. Pengambilan Makanan Terproses dan Ultra Proses Secara Kerap

   Ramai rakyat Malaysia gemar mengambil makanan seperti biskut, kek, keropok, krimer, sosej, dan burger. Makanan jenis ini mengandungi lemak trans dan lemak tepu yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah.

2. Pengambilan Kalori Berlebihan Melebihi Keperluan Harian

   Pengambilan makanan yang tinggi gula dan lemak tanpa kawalan boleh menyebabkan pertambahan berat badan serta peningkatan kolesterol. Ramai yang tidak menyedari jumlah kalori harian yang diperlukan dan makan secara berlebihan.

3. Kurang Pengambilan Serat dari Sayur-sayuran dan Buah-buahan

   Serat makanan membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Namun, ramai masih kurang mengambil sayur dan buah setiap hari, menyebabkan fungsi pengawalan kolesterol dalam tubuh tidak optimum.

8 juta dewasa di malaysia mempunyai tahap kolesterol tinggi, apakah puncanya?

Masalah kolesterol tinggi bukan sekadar isu pemakanan, tetapi juga berkait rapat dengan gaya hidup seharian. Masyarakat perlu lebih peka terhadap pilihan makanan mereka, mengamalkan diet seimbang, dan meningkatkan aktiviti fizikal bagi mengekalkan tahap kolesterol yang sihat.

Sebagai ‘Peneraju Pemakanan Negara’, Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru semua pihak untuk mula mengamalkan pemakanan sihat demi kesejahteraan bersama.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us