Max Spiers, 39, seorang pencari UFO ditemui mati secara misteri selepas seorang rakannya menemui tubuh Max ketika sedang melawatnya di Poland.
Ketika tahun 2016, mahkamah yang mengendalikan kes kematian Max mendengar penerangan saksi bahawa Max dilihat muntah darah hitam beberapa hari sebelum Max ditemui mati.
Ibu kepada Max juga menerima pesanan ringkas menerusi telefon bimbit dengan mesej “Anak anda dalam kesusahan, jika berlaku apa-apa, sila siasat”, seperti yang dipetik dari Metro.
Tambah misteri, laptop milik Max juga ditemui kosong dan seperti telah dipadamkan secara tiba-tiba.
Sumber: Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.