Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Padah Lawan Arus Untuk Elak Roadblock, Remaja Parah Kemalangan

Aimi Amira Nordin
24 Mar 2025, 12:39 PM

padah lawan arus untuk elak roadblock, remaja parah kemalangan

Foto Hiasan

Tindakan seorang remaja menunggang motosikal secara melawan arus untuk mengelak sekatan jalan raya membawa padah apabila dia diseret sebuah pikap di Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) Kilometer 7.3 Persiaran Sultan, Seksyen 14.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata siasatan mendapati pada 8 Mac lalu, polis mengadakan sekatan jalan raya di lokasi berkenaan dan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss, ditunggang oleh seorang lelaki membuat pusingan U secara berbahaya untuk mengelak sekatan.

padah lawan arus untuk elak roadblock, remaja parah kemalangan

Foto: Video Tular

“Menurut anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang sedang membuat pemantauan, pihaknya cuba menahan motosikal terbabit yang melawan arus dengan memintanya untuk berhenti tetapi tidak diendahkan dengan menyeberangi jalan menaiki pembahagi jalan secara berbahaya.

“Penunggang motosikal terbabit kemudian dilanggar dan diseret pikap Toyota Hilux,” katanya.

Penunggang motosikal patah paha kiri, patah bahu kiri dan kanan dan masih ditahan di Wad Hospital Shah Alam.

“Penunggang motosikal berumur 17 tahun, seorang pelajar Tingkatan 5 dan tiada rekod jenayah.

“Siasatan awal mendapati penunggang motosikal melarikan diri kerana tiada lesen memandu dan cukai jalan motosikal tamat tempoh,” katanya.

Kejadian ini tular di media sosial yang memaparkan remaja berkenaan melarikan diri dari sekatan jalan raya.

Sumber: Berita Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us