Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Jom Sama-Sama Cipta Sejarah! Lazada Run, Acara Larian Julung Kali Lazada Akhirnya Di Malaysia!

Jom sertai sekarang, jadi salah seorang daripada 10,000 peserta!
Izwan
24 May 2023, 03:47 PM

Buat julung kalinya, Lazada Run akan diadakan dan melibatkan lebih 10,000 para peserta larian yang akan berlangsung pada hari Ahad, 16 Julai 2023, dari 3.30 pagi hingga 10.00 pagi di Persiaran Flora, Cyberjaya.  

jom sama-sama cipta sejarah! lazada run, acara larian julung kali lazada akhirnya di malaysia!

Sebagai perintis platform eDagang di Asia Tenggara, Lazada bertujuan untuk memberi inspirasi dan memperkasakan orang ramai agar lebih sihat dan cergas bersama Lazada Run. 

Ianya akan dianjurkan di enam buah negara di Asia Tenggara, bermula dengan Ho Chi Minh pada 23 April 2023, diikuti oleh Jakarta, Bangkok, Manila, dan Kuala Lumpur, sebelum acara finale di Singapura pada 23 Julai 2023. 

Ia juga memberi peluang kepada para peserta larian dan para pelanggan Lazada untuk berinteraksi dengan pelbagai jenama kegemaran mereka dalam kategori Sukan, Fesyen, Kecantikan, Elektronik, dan banyak lagi di Zon Pengalaman atau Experiential Zones.  

Lazada Run di Malaysia akan menampilkan tiga kategori termasuk larian 5km (untuk kanak-kanak dan dewasa), 10km dan 21km, dengan hadiah wang tunai sebanyak RM20,000. 

Pingat akan di kalungkan kepada semua peserta yang menamatkan larian (Finisher), manakala Juara kategori lelaki dan wanita yang menamatkan larian dalam Kategori Terbuka larian 10km dan 21km juga berpeluang untuk terbang ke Singapura bagi menyertai acara finale Lazada Run pada 23 Julai 2023, untuk bersaing dengan pemenang Lazada Run dari negara lain untuk merebut tempat pertama. 

jom sama-sama cipta sejarah! lazada run, acara larian julung kali lazada akhirnya di malaysia!

Kid’s Dash juga boleh melibatkan kanak-kanak, serta Cart Dash tambahan yang terbuka kepada semua peserta yang menamatkan larian.

Dengan tiket penyertaan berharga RM30, para peserta boleh menyertai larian pecutan 30 meter, di mana mereka perlu mengumpul sebanyak mungkin kotak hadiah dalam masa 20 saat. Kotak tersebut mengandungi hadiah-hadiah menarik seperti diskaun, baucar, tawaran, dan produk dari Lazada dan rakan penaja Lazada Run. 

Selepas menamatkan larian, para peserta boleh menuju ke Lazada Village untuk menikmati pelbagai variasi makanan, minuman, permainan, serta tawaran eksklusif. Lazada Village turut terbuka kepada orang ramai pada 16 Julai 2023 7.00 pagi hingga 10.00 pagi. 

Tiket untuk menyertai larian Lazada Run boleh dibeli secara langsung melalui aplikasi Lazada – hanya klik ikon 'Lazada Run' di tab 'Utama' atau taip 'Lazada Run' di medan carian. Harga tiket tertera seperti di bawah: 

5km Kids RM54, 5km Adults RM69, 10km Competitive RM84, dan 21km Competitive RM84

Peserta larian Lazada Run harus berumur 13 tahun ke atas, manakala peserta dalam kategori Kanak-Kanak 5km mesti berumur antara 4 hingga 12 tahun. Pakaian untuk Lazada Run ditaja secara eksklusif oleh PUMA. 

Cepat, dapatkan tiket anda di aplikasi Lazada dan mula berlatih untuk Lazada Run! Klik di sini untuk mendaftar dan ketahui lebih lanjut. 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.