Ada saja orang yang bangun pagi tiba-tiba nampak ada lebam yang muncul. Ramai akan bersangka punca lebam itu berunsur gangguan mistik.
Tapi ada penerangan lebih rasional dan berasaskan saintifik bagi menjelaskan bagaimana masalah lebam boleh timbul tanpa sebarang trauma.
#1 Selalu angkat barang yang berat
Mengangkat barang berat adalah sebab kedua punca lebam di badan. Ini bermaksud bahawa saluran darah anda sudah lemah dan aktiviti fizikal akan menyebabkan lebam muncul.
#2 Mengambil ubat-ubatan
Mengambil ubat-ubatan yang tertentu akan mempengaruhi saluran darah anda yang menyebabkan lebam boleh berubah dari nampak biasa hingga kelihatan lebih serius.
#3 Penyakit darah
Penyakit saluran darah boleh menyebabkan lebam di badan. Penyakit yang sering disebabkan oleh masalah dengan peredaran darah seperti Leukemia.
Rujuk doktor anda dengan secepat mungkin, terutama sekali jika anda melihat gejala lain yang membimbangkan seperti; kaki bengkak, gusi berdarah, bintik kapilari kecil di badan, atau hidung berdarah.
#4 Kekurangan nutrien dalam badan
Keseimbangan zat besi sangat penting untuk tubuh badan. Apabila terdapat kekurangan atau terlalu banyak, akan memberi kesan pada kapilari anda.
#5 Ketidakseimbangan hormon
Perubahan hormon adalah salah satu sebab yang paling biasa punca lebam di badan. Lebam boleh muncul jika anda kekurangan estrogen.
#6 Diabetes
Diabetes mempunyai pengaruh negatif terhadap proses peredaran darah, jadi sangat mudah mendapat lebam di tubuh badan. Lebam juga boleh menjadi gejala penyakit ini pada peringkat awal.
Sumber: Brightside
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.