Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Lelaki Berenang Rentas Selat Pulau Pinang Selepas Gagal Dapat Kelulusan Rentas Daerah

Lelaki berusia 28 tahun itu sanggup bertindak demikian demi bertemu rakannya.
nura
15 Jul 2021, 06:00 PM

Seorang lelaki nekad berenang merentas Selat Pulau Pinang dari jeti feri di Tanjung City Marina menuju ke Seberang Perai untuk bertemu rakannya pada Isnin.

lelaki berenang rentas selat pulau pinang selepas gagal dapat kelulusan rentas daerah

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, lelaki berusia 28 tahun itu bertindak begitu selepas gagal mendapatkan kelulusan rentas daerah daripada polis kerana tiada alasan munasabah.

Tambahnya, lelaki itu kemudiannya berpatah balik menghala ke jeti kerana keletihan sebelum diselamatkan petugas Penang Port Sdn Bhd dalam kejadian jam 6 petang itu.

lelaki berenang rentas selat pulau pinang selepas gagal dapat kelulusan rentas daerah

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada lelaki berkenaan, sebaliknya dia hanya menyatakan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan secara lisan sahaja.

“Semakan dibuat mendapati lelaki itu berasal dari Bayan Lepas Pulau Pinang dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan,” katanya.

lelaki berenang rentas selat pulau pinang selepas gagal dapat kelulusan rentas daerah

Pihak polis juga berjaya menghubungi ibu mangsa dan mendapati anaknya itu sudah lama tidak pulang ke rumah serta mempunyai masalah ketagihan dadah.

Kini, lelaki itu mengalami patah tangan kanan dan sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Kejadian yang berlaku itu akan disiasat selanjutnya selepas lelaki berkenaan selesai menjalani rawatan dan dibenarkan keluar dari hospital.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us