![[video] lelaki brazil cover lagu “cindai”, dato’ siti puji sebutan jelas dan buat netizen cair!](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/portrait-18_3.png)
Foto: Tiktok (marciosantossings)
Siapa sangka sebuah lagu klasik Melayu mampu menyeberangi lautan hingga memikat hati seorang penyanyi dari Brazil? Itulah yang berlaku apabila Marcio Santos, seorang penyanyi Brazil, tampil menyanyikan lagu ikonik Cindai nyanyian asal Dato’ Sri Siti Nurhaliza di TikTok.
Dengan penuh penghayatan, sebutan yang jelas, serta senyuman tulus, Marcio berjaya menawan hati rakyat Malaysia. Malah, kapsyennya “Cindai Stole My Brazilian Heart” seolah-olah menggambarkan betapa lagu tradisi ini benar-benar dekat dengan jiwanya.
Lebih istimewa, video nyanyiannya mendapat perhatian langsung daripada empunya lagu, Dato’ Siti Nurhaliza, yang meninggalkan komen penuh penghargaan:
“Thank you for singing my song. Your pronunciation was excellent!” 👏👏👏
![[video] lelaki brazil cover lagu “cindai”, dato’ siti puji sebutan jelas dan buat netizen cair!](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/untitled-design-8_39.png)
Foto: Tiktok (marciosantossings)
Komen itu ternyata membuat Marcio terharu hingga menitipkan balasan yang cukup menyentuh hati. Beliau menyatakan rasa hormat yang mendalam terhadap budaya dan muzik Malaysia serta menyifatkan pengalaman menyanyikan Cindai sebagai sebuah perjalanan penuh cinta. Selain lagu Cindai, Marcio turut memuatnaik beberapa ‘cover’ lagu Bahasa Melayu lain yang rata-ratanya menunjukkan kefasihannya.
Fenomena ini jelas menunjukkan bagaimana muzik mampu menyatukan dua budaya berbeza dari Brazil hingga Malaysia tanpa ada batas bahasa mahupun sempadan negara.
Kini, bukan sahaja rakyat Malaysia bangga kerana lagu warisan ini terus dikenali dunia, malah hubungan persahabatan antara dua budaya semakin erat hanya kerana sebuah lagu.
Daripada “Samba” ke “Cindai”, muzik memang bahasa universal yang menyatukan hati!
Sumber: Tiktok (marciosantossings)
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.