Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di Johor Bahru hari ini atas lapan pertuduhan melakukan culik, pengurungan salah dan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan serta memiliki bahan lucah, bulan lalu.

Tertuduh, Leang Win Son membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Rasidah Roslee dan Siti Noraida Sulaiman.
Malah, lebih mengecewakan apabila dia didakwa menculik seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, kira-kira pukul 8.30 malam di Eco Galleria 3, Jalan Eko Botani 3/2, Taman Botani, Iskandar Puteri pada 20 Julai 2024.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.