Baru-baru ini, seorang lelaki mendedahkan ketagihannya yang suka minum teh tarik terlalu banyak menjadi punca kakinya terpaksa dipotong sejak usia muda lagi.
Berusia 55 tahun, Lan berkongsi yang dia boleh minum minuman yang popular itu tiga hingga empat gelas sehari.
Dia disahkan menghidap penyakit kencing manis seawal usia 20-an akibat minum teh tarik terlalu banyak.
Menurut Lan, dia sering menikmati teh tarik baik sejuk mahupun panas dan kadang-kala turut membungkus minuman tersebut untuk diminum ketika memandu.
Tambahnya, dia mengakui yang jadual makannya juga tidak teratur dan sering makan lewat, sekitar pukul 3 pagi.
Lan juga tidak gemar minum air masak dan hanya bergantung dengan minuman manis sahaja.
“Kadang-kala, selepas minum teh tarik, saya akan minum Coca-Cola. Saya jarang minum air kosong,” katanya.
Kesihatan Lan semakin merosot sejak usianya mencecah 40 tahun dan dia mengalami luka kecil pada kaki akibat terkena paku.
Namun, luka tersebut semakin parah dan dia terpaksa menjalani pembedahan atas cadangan doktor sehingga menyebabkan kedua kakinya itu dipotong.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.