Ramai yang mempunyai tanggapan bahawa lelaki kacak ini adalah seorang yang nakal dan suka mainkan perasaan wanita, membuatkan lelaki kacak sukar untuk mencari teman hidup yang sesuai dengannya. Begitu juga yang mungkin dialami oleh wanita cantik.
Namun, tidaklah semua lelaki kacak mempunyai sifat seperti sedemikian kerana terdapat beberapa sebab lain yang mungkin boleh digunapakai sebagai alasan kenapa mereka susah mendapat jodoh yang sesuai:
1. Lelaki kacak suka jual mahal
Lelaki kacak kebanyakkanya mempunyai ego yang lebih tinggi dan perasaan jual mahal yang terlalu menebal, membuatkan mereka hanya menunggu sahaja wanita terbaik untuk mendekati mereka.
2. Persepsi sukar untuk didekati
Wanita sering berfikir lelaki kacak ini sukar untuk didekati, apatah lagi untuk dijadikan pasangan. Pada wanita, lelaki kacak ini pasti mempunyai ramai peminat, mungkin juga sudah dimiliki. Sebab itu juga membuatkan lelaki kacak ini tidak mempunyai pasangan pun!
3. Lelaki kacak maintenance tinggi.
Sama seperti wanita yang terlalu menjaga penampilan, lelaki kacak perlu dijaga rapi dari hujung rambut hingga hujung kaki seperti minyak wangi, kasut, jam tangan, malah set penjagaan wajah dan lain-lain. Wanita jarang memilih lelaki yang high maintenance kerana berasakan tidak mampu dan tidak setaraf. Sedangkan hakikatnya lelaki kacak gemar akan sesuatu yang ringkas, asli dan selesa.
4. Lelaki kacak sering dikecewakan
Ramai lelaki kacak memilih untuk single kerana serik dengan pengalaman pahit yang dilalui mereka dahulu.
5. Lelaki kacak terlalu memilih dan banyak pilihan
Lelaki kacak selalunya akan memilih wanita yang cantik sahaja untuk dijadikan kekasih walaupun mempunyai banyak pilihan dihadapannya. Disebabkan sifat terlalu memilih inilah ramai lelaki kacak menjadi bujang sehingga ke tua.
6. Terlalu sibuk dengan kerjaya
Ada kalanya lelaki kacak ini terlupa untuk mencari cinta kerana terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Ada yang merasakan mereka mampu untuk mendapatkan cinta pada bila-bila masa dan tidak risau walaupun usia sudah mencecah tua.
Disebabkan alasan-alasan diatas, ramai lelaki kacak merasakan tidak penting bagi mereka untuk mendapatkan cinta. Namun apabila sudah terlewat untuk mencari pasangan hidup, akhirnya lelaki kacak memilih untuk membujang sehingga akhir usia mereka.
Adakah anda rasa anda cukup kacak?
Sumber: Pesona Pengantin
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.