 Foto: Facebook
Foto: Facebook
Bermula Dengan Saman Ibu Sendiri
Bayangkan marah sampai sanggup saman mak sendiri, itulah yang dilakukan Jonathan Lee Riches. Dia mendakwa ibunya gagal membesarkannya dengan baik… dan peliknya, dia menang kes tu! Lepas tu, saman terus jadi gaya hidup dan sumber ‘rezeki’ buat Riches.
Dari Rakan Sampai Tokoh Dunia
Lepas berjaya saman ibunya, Riches mula ‘berani mati’. Dia saman rakan, jiran, saudara, polis, hakim dan bekas tunang. Tapi yang paling gila — dia saman George W. Bush, Britney Spears dan Steve Jobs sekali gus!
Teori Konspirasi Tak Masuk Akal
Riches dakwa Bush dan geng dia konon ada rancangan rahsia nak kawal minda rakyat Amerika. Katanya, mereka guna gelombang mikro, internet dan satelit NASA untuk manipulasi otak manusia.
Dia siap tuduh Bush sembunyi aset dan guna kod rahsia dalam game untuk berkomunikasi dengan CIA. Tak hairanlah kes ni kena tolak — mahkamah pun pening nak hadap.
Saman Siri TV & Ais Krim Pun Jadi
Bila dah mula, memang tak berhenti. Riches saman siri TV The X-Files sebab katanya rancangan tu sebahagian konspirasi kawalan minda.
Dia juga saman Ben & Jerry’s sebab ais krim mereka buat dia ketagih dan membazir duit. Mahkamah? Sudah tentu tolak mentah-mentah.
 
 
Eiffel Tower Pun Tak Selamat
Yang ni memang kelakar, dia saman Eiffel Tower sebab katanya tak romantik macam dalam filem. Hujah dia: “Ini semua pembohongan budaya dan emosi palsu.” Memang tak tahu nak gelak ke nak kesian.
Saman Presiden Iran & NBA Sekali
Pada 2008, Riches saman Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, sebab kononnya bersekongkol dengan Osama bin Laden dan NBA untuk “mencuci otak remaja Amerika” melalui muzik rap dan video game. Nilai saman: USD250 bilion! Tapi macam biasa, kes ni pun kena ‘reject’.
Salahkan Game GTA Punca Jadi Penjenayah
Riches juga saman game Grand Theft Auto (GTA). Katanya, game tu buat dia rasa mencuri kereta dan pukul polis tu perkara normal. Dia tuntut pampasan USD500 juta! Hakim tolak serta-merta dan cakap pemain kena bertanggungjawab atas tindakan sendiri.
Masuk Buku Rekod Dunia, Lepas Tu Saman Lagi
Guinness World Records pernah anugerahkan Riches sebagai “manusia paling banyak saman di dunia”. Tapi dia tak puas hati, katanya Guinness tipu sebab laporkan dia ada 5,000 saman, padahal cuma 4,000.
Jadi, apa dia buat? Ya, dia saman Guinness pula! Akhirnya nama dia dipadam dari buku rekod.
Mahkamah Pun ‘Give Up’
Disebabkan terlalu banyak saman pelik, mahkamah Amerika akhirnya larang Riches daripada memfailkan apa-apa tuntutan baru tanpa kebenaran khas ketua kehakiman. Senang cerita, mahkamah pun dah ‘surrender’.
Tak Serik-Serik Lagi
Walau dah kena sekat, Riches masih aktif di TikTok dan terus buat pelbagai kenyataan pelik. Katanya dia masih “memperjuangkan keadilan.” Tapi kalau ikut sejarah, mungkin lepas ni TikTok pun bakal kena saman!
Dan mungkin, jika dia terbaca kisah ini, tidak mustahil artikel ini pula bakal menjadi sasaran saman seterusnya.
Sumber: TikTok
      
     
    
      Filled Under :
      
      
      
      *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.