Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Lelaki Koma Lima Hari Bangkit Selepas Dengar Pesanan Suara Siti Nurhaliza

ROSTAM, Mohamad Firdaus
31 Jul 2025, 11:43 AM

lelaki koma lima hari bangkit selepas dengar pesanan suara siti nurhalizaFoto: Tangkap layar Facebook

Siapa sangka suara merdu penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, bukan sahaja mampu menghiburkan, malah menjadi asbab seorang peminat bangkit daripada koma.

Perkara luar biasa ini dikongsikan sendiri oleh seorang pengguna media sosial, Aimi Nasruddin, yang menceritakan pengalamannya ketika berdepan detik cemas akibat serangan jantung sewaktu berada di Australia.

Menurut Aimi, kejadian berlaku ketika beliau sedang berehat di sebuah bangku dan meminta rakan-rakannya meneruskan perjalanan terlebih dahulu.

“Saya duduk dekat sebuah bangku dan menyuruh rakan-rakan jalan dulu sebab saya nak rehat. Saya duduk di situ dan rebah,” katanya ringkas.

Aimi kemudian dikejarkan ke Hospital St Vincent dan dimasukkan ke unit rawatan rapi. Beliau disahkan berada dalam keadaan koma selama lima hari.

Ketika Aimi tidak sedarkan diri, ayahnya mengambil inisiatif untuk mencari pesanan suara daripada penyanyi kegemaran anaknya itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dengan harapan dapat memberi rangsangan positif.

lelaki koma lima hari bangkit selepas dengar pesanan suara siti nurhalizaFoto: Instagram

“Lebih kurang 20 hari lalu, ayah berusaha menghubungi kawan-kawan saya untuk mendapatkan voice note daripada Siti Nurhaliza. Ketika itu saya langsung tidak sedarkan diri,” jelas Aimi.

Apa yang mengejutkan, hanya dalam masa satu jam selepas pesanan suara itu diperdengarkan, Aimi mula menunjukkan tindak balas melalui pergerakan tangan kanannya.

“Itu merupakan satu respon yang positif dan ayah saya sangat kagum dengan Siti Nurhaliza,” katanya.

Selepas beberapa hari menunjukkan perkembangan positif, Aimi akhirnya sedar sepenuhnya dan kini telah kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau turut menyatakan rasa syukur kerana telah pulih sepenuhnya dan sudah kembali bekerja serta mampu memandu semula.

“Saya anggap ia sebagai satu keajaiban daripada Ilahi dan berkat doa daripada keluarga dan rakan-rakan,” ujarnya lagi.

Kisah luar biasa ini mendapat perhatian ramai pengguna media sosial, malah menjadi bukti bahawa kasih sayang dan usaha insan terdekat, digabungkan dengan harapan serta doa, mampu memberikan keajaiban di saat genting.

Sumber: mStar Online

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us