Bungkusan nasi dilempar dan air panas dibaling sehingga didakwa terkena seorang kanak-kanak berusia empat tahun.
Tindakan itu dilaporkan berlaku di sebuah kedai makan di Putra Heights, Selangor pada Ahad lalu.

Seorang lelaki dilaporkan mengamuk sehingga berlaku insiden berkenaan dan ia berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan.
Setakat ini, puncanya masih belum dapat dikenal pasti dan ramai warganet menyeru untuk pihak berkuasa melakukan tindakan selanjutnya.
Kedengaran suara kanak-kanak menangis sejurus selepas lelaki tersebut membaling bungkusan makanan dan minuman dari tangannya.
Malah, lelaki itu turut menendang meja beberapa kali selain membaling kerusi dalam kedai makan berkenaan.
Video tular itu dikongsikan pemilik akaun TikTok @darlisnasidagangganu malam tadi dan pelbagai reaksi daripada warganet terhadap situasi tersebut.
“PDRM (Polis Diraja Malaysia), sila jalankan kerja anda, video dah ada, muka pun nampak, apa lagi kasi masuk lokap,” kata Dahar.
“Geram pula tengok lelaki itu menjerit-jerit, itu kalau kena anak aku, memang dekat situ juga aku buh (bagi) penyepak (tendang),” ujar Rozana.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.