
Sebuah gambar memaparkan seorang lelaki memakai kasut tumit tinggi teman wanitanya menjadi tular di laman media sosial. Gambar itu menunjukkan lelaki tersebut memakai kasut tumit tinggi berwarna merah jambu manakala teman wanitanya pula memakai kasut milik lelaki itu berwarna hitam.
Dari laporan Daily Mail, foto itu diambil oleh seorang wanita bernama Xie di Hospital Xinquaio di Daerah Shapingba, China. Lelaki tersebut sanggup untuk bertukar kasut dengan teman wanitanya selepas gadis itu mengadu sakit kaki. Pasangan itu dikatakan sedang menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor.
“Saya perasan perkara itu sebab kasut tumit tersebut berwana merah jambu. Jadi, memang jelas.
“Wanita itu meminta untuk menukar balik kasutnya itu, tetapi lelaki tersebut enggan, malah dia berjalan sekitar hospital dengan kasut tumit tinggi itu,” kata Xie.
Sumber dari Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.