Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Lelaki Pukul Kepala, Ugut Pemandu Wanita Ditahan Polis

Marah sampai ‘angkat tangan’?
Izwan
07 Jun 2023, 06:08 PM

Seorang individu lelaki telah ditahan akibat tindakannya memukul kepala, mengugut, menunjukkan isyarat lucah dan mengetuk cermin kereta pemandu wanita ketika dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Tapah, semalam.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, pihaknya memaklumkan ada menerima laporan polis daripada wanita berusia 24 tahun di Balai Polis Saujana Utama Sungai Buloh, Selangor.

lelaki pukul kepala, ugut pemandu wanita ditahan polis

Siasatan pihak polis mendapati kejadian itu berlaku ketika wanita itu bersama adik lelaki berusia 17 tahun dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Tapah.

"Kejadian berlaku selepas wanita itu cuba memotong kereta Proton Persona berwarna kelabu yang berada di hadapan tetapi gagal.

"Pemandu kereta terbabit dipercayai menunjukkan isyarat lucah dan turun dari kenderaan ketika trafik agak sesak sebelum mengetuk cermin kereta berdekatan Pusat Peranginan Lata Iskandar.

"Apabila pengadu membuka cermin kereta, suspek dipercayai memarahi, memukul kepala pengadu dan mengeluarkan kata-kata ugutan," katanya.

Lelaki berusia 29 tahun yang juga penyelia kilang itu ditahan di sekitar Serdang, Selangor, dan dibawa ke IPD Tapah untuk siasatan selanjutnya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 323/506/509 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us